Azzam al-Ahmad

Azzam Al-Ahmad (Arab: عزام الأحمدcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kabinet sejak 1996 di bawah pentadbiran empat ketua kerajaan Palestin; iaitu Yasser Arafat, Mahmoud Abbas, Ahmed Qurei dan Ismail Haniyeh. Beliau ialah ahli jawatankuasa pusat Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), parti pemerintah Palestin.[1]Beliau ialah Ahli Majlis Perundangan Palestin (Parlimen Palestin) bagi kawasan Jenin, bertanding mewakili Fatah bagi pilihan raya 1996[2] dan 2006.[3] Beliau dilantik menjadi Ketua Blok Fatah dalam Parlimen Palestin.[4]

Azzam al-Ahmad

Lahir Azzam Najib Mustafa Al-Ahmad
عزام نجيب مصطفى الأحمد
1947 (1947)
Rumanah, Jenin, Palestin Bermandat
Didahului oleh jawatan kosong
Presiden Yasser Arafat
Digantikan oleh dirinya
Perdana Menteri Mahmoud Abbas
Parti politik Fatah